Siakap Keli

TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

PUTRAJAYA, 14 Ogos – Harga runcit bagi petrol jenis RON95 naik sebanyak lima (5) sen seliter, iaitu daripada RM1.63 ke RM1.68 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol jenis RON97 juga naik sebanyak lima (5) sen seliter, iaitu daripada RM1.93 ke RM1.98 seliter.

Manakala harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak tiga (3) sen, iaitu daripada RM1.79 ke RM1.82 seliter.

Harga runcit produk petroleum semasa ini adalah bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos 2020, demikian kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.