Siakap Keli
Foto: Google/Wikipedia

“Tiba-Tiba Macam Ada Suara Lain…” Meremang, Gadis Dedah Macam-Macam Benda Seram Jadi Lepas Pasang Lagu Ulek Mayang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti semua sudah maklum, lagu Ulek Mayang ada ‘ceritanya’ yang tersendiri di sebalik lirik-liriknya.

Dikatakan setiap baris lirik adalah satu mantera yang menyeru semangat puteri-puteri laut dan ia dinyanyikan dalam ritual memuja di tepi pantai.

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Di atas ini adalah permulaan liriknya. Namun difahamkan, lirik yang ada hari ini adalah yang telah disunting dan bukan lirik penuh.

Ia dipercayai lirik penuh itu mempunyai seruan mantera tersebut, manakala yang ringkas seperti hari ini didakwa tidak membawa maksud apa-apa dan selamat.

Apa-apa pun, pengalaman seram tentang lagu Ulek Mayang yang dikongsikan Nur Shareeza dalam group Kelab Cerita Hantu Malaysia baru-baru ini, agak mengejutkan.

Ikuti kisahnya di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan.

Bahana lagu Ulek Mayang!!!!

Assalam semua, sebelum ni saya ada kongsi jugak kisah seram Ulek Mayang tapi taklah seram sangat pun and ramai yang cakap phone rosaklah apa (terpulang nak percaya ke tak).

Saya minta maaf kalau saya bercerita ni tak best, yang pasti BM saya SPM “A” jugak . Ok-ok balik ke cerita..

Saya ni jenis tidur lewat ke tidur awal ka saya tetap berjaga pukul 3 -5 pagi, if saya penat sangat je saya tidur sampai pukul 6.

Then pagi tadi saya terbangun pukul 4 lebih dan mulalah main phone macam biasa.. Sampai pukul 5 entah kenapa saya tergerak hati nak dengar sangat lagu Ulek Mayang sebab dah lama tak dengar.

Saya pun dengarlah 2 – 3 kali jugak. Ok lepas tu jam pun dah pukul 8 pagi, mak ayah saya dah pergi kerja serta adik-adik saya pun dah ke sekolah, maka tinggailah saya sorang-sorang.

Saya pun biasa ja tinggai sorang jadi memang tak takut apa.. Saya pun bukaklah TV nak hilang bosan sebab pagi tadi takda class online.

Puppp! Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) menjadi pilihan saya untuk ditonton.. Saya pun tengoklah sambil main phone, tengok WhatsApp etc.

Tiba-tiba saya perasan macam ada SUARA lain dari suara dalam Tv..Suara tu saya dengar seperti di tepi belah kanan saya. Saya pun ignore jalah..

And tak lama lepas tu, kipas saya tiba-tiba BERHENTI! Kipas saya tu kadang boleh set timer 6 ka 3 jam ka tapi memang tak set apa-apa.

Saya dah mula cuak sikit dah time tu.. Tapi gagah jugak bukak balik. Lepas tu saya pun call kawan ajak kawan on the phone (OTP) sebab nak hilangkan rasa cuak ni. TIBA-TIBA!

Paip air dalam bilik air pulak terbukak.. Paip tu sepanjang saya duduk seorang tak pernah tiba-tiba boleh terbukak sendiri and time tu bunyi air kuat yerr bukan bunyi air menitik-nitik tu.

Saya cakap kat kawan dalam phone, “Weiii..hang diam sat..dia bukak air pulak dalam tandas,”. Kawan saya nasihatlah cakap jangan takut sangat, saya pun balaslah,” Yaa betul, kita tak boleh takut sangat nanti dia lagi suka kacau,”.

Serentak tu dia tutup perlahan-lahan paip ayaq tu. Tapi dia bukak dan tutup balik untuk kali kedua.

HAIPP…tak habis lagi.

Saya tengah duk chat kawan lepas tu, walaupun mata menunduk tengok phone, mata kita pun boleh nampak sipi-sipi sikit bahagian atas kan?

Tengah chat tiba-tiba saya perasan macam ada kain hitam lintas belah kiri saya. Aduhhh sejak hari ini saya jadi seram sejuk duk rumah..

Saya pernah baca komen ada orang cakap lagu Ulek Mayang tu boleh bukakkan hijab mata kita perlahan-lahan. Betul ke?

Dan netizen pun ‘buka’ cerita masing-masing

Sementara itu, beberapa netizen lain turut berkongsi pengalaman mereka sendiri berkenaan lagu misteri tersebut.

Sila lihat satu persatu gambar di bawah ini.

Jadi..adakah anda berani mendengarnya..walau sekali?

Sumber: Nur Shareeza

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.