Siakap Keli

(Video) Ayah Ini Rakam Muka Anaknya Setiap Minggu, Dari Hari Pertama Lahir Hingga Usia 20 Tahun & Ini Hasilnya

Sebagai ibu bapa, merakam detik indah bersama anak-anak adalah satu momen terbaik yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Apatah lagi kalau dapat merakam pembesarannya dari kecil hingga ke dewasa.

Begitu juga yang dibuat oleh pembuat filem dan seniman dari Belanda, Frans Hofmeester yang merakam gambar dan video anak perempuannya, Lotte pada setiap minggu selama 20 tahun.

Hasil rakaman tersebut dikombinasikan semula secara mod ‘timelapse’, di mana video berkenaan memaparkan wajah Lotte ketika baru lahir sehinggalah pada usianya menginjak dewasa.

Menariknya lagi, setiap rakaman Lotte tersebut, Frans hanya menggunakan latar belakang dan gaya aksi yang sama selama 20 tahun.

Difahamkan, ianya bukan kali pertama Frans berbuat demikian. Pada asalnya dia hanya merakam pembesaran Lotte sehingga umur anaknya itu berusia 12 tahun.

Selain itu, Frans juga turut berbuat perkara yang sama kepada anak lelakinya, Vince dengan gaya aksi yang sama.

Video-video rakaman anaknya ini telah dimuat naik ke Youtube pada sekitar November 2018 lalu hingga mencapai lebih 15 juta tontonan.

Sumber: DIY Photography, Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.