Siakap Keli

(Video) Detik Cemas Polis Selamatkan Lelaki Dari Maut, Hanya Beberapa Saat Dari Digilis Kereta Api

Tular satu rakaman video di Twitter yang menunjukkan detik-detik cemas seorang anggota polis menyelamatkan seorang lelaki berkerusi roda daripada digilis kereta api.

Dalam rakaman yang dikongsikan oleh The Sun, kamera badan yang terpasang pada badan anggota polis itu menunjukkan keadaan cemas dimana anggota polis berkenaan keluar daripada kenderaan dan menerpa ke arah lelaki berkenaan yang berada di atas landasan kereta api.

Anggota polis berkenaan berjaya menarik lelaki berkenaan ke tepi, kurang daripada beberapa saat sebelum kereta api lalu dan melintasi landasan berhampiran mereka.

Video berkenaan juga merakam bunyi hon daripada kereta api berkenaan dipercayai cuba memberi amaran kepada lelaki tersebut.

Saksikan video tersebut dibawah.

Sumber: The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.