Siakap Keli

(Video) Tidak Sampai 24 Jam, Lebih 10,000 Ekar Hutan Di California Musnah Dijilat Api

Kira-kira lebih 10,000 ekar kawasan hutan di California, Amerika Syarikat dilaporkan musnah dalam kebakaran, memetik kenyataan pegawai bomba wilayah tersebut.

Difahamkan, api marak yang bergerak pantas itu meletus sekitar pukul 4.30 petang Rabu kelmarin, berhampiran Tasik Hughes di Hutan Negara Angeles telah menjadikan kawasan musnah tersebut 0 peratus.

“Kebakaran merebak dengan pantas dari 100 ekar hingga beberapa ratus ekar, kemudian menjadi beberapa ribu ekar,” kata Ketua Bomba Hutan Negara Angeles, Robert Garcia pada sidang media malam Rabu, memetik laporan Independent.

Dalam pada itu, turut dilaporkan lebih 500 anggota bomba serta tiga (3) unit helikopter dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, punca kebakaran belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Sumber: New York Post, The Independent

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.