Gambar Via Daily Star

(Video)Jeritan ‘Kesakitan’ Kedengaran, Lelaki Dirakam Tuang Air Panas Dalam Tong Sampah Dipercayai Ada Dua Ekor Tikus

Satu rakaman video menyaksikan sekumpulan pekerja tergamak menuangkan air yang mendidih ke dalam tong sampah yang dipercayai terdapat tikus di dalamnya.

Video yang telah dikongsikan di Facebook itu dikatakan mula dikongsikan di Snapchat namun lokasi sebenar kejadian di dalam video tersebut masih belum diketahui walaupun ada yang mendakwa bahawa ia terjadi di Portsmouth, Hampshire.

Menurut Daily Star, video itu memamparkan seorang lelaki dilihat menyumbat dua ekor tikus di dalam tong sampah itu sebelum menuangkan air mendidih ke atas haiwan itu.

Jeritan kesakitan yang ‘bingit’ kedengaran dari tong sampah itu ketika salah seorang lelaki terus menuangkan air panas ke dalam tong tersebut.

Seorang pekerja mengatakan bahawa tikus-tikus itu telah mati apabila kamera ditujukan ke dalam tong sampah itu.

Seorang warganet yang berkongsi video itu mendakwa bahawa kumpulan pekerja tersebut merupakan pekerja pembersihan atau ‘pengumpul kitar semula’ tempatan.

Majlis Bandaraya Plymouth telah menjelaskan bahawa tiada rakaman melibatkan pekerja pembersihan tempatan.

Jurucakap syarikat pengurusan sisa nasional Biffa juga menyatakan bahawa pengurus yang memeriksa rakaman itu pasti bahawa tidak ada kakitangan mereka yang terlibat dan video tersebut tidak dirakamkan di unit Biffa.

Jurucakap badan amal haiwan RSPCA juga mengatakan bahawa video itu telah dihantar untuk diperiksa  dan kini mereka sedang menjalankan siasatan.

Sumber:Daily Star

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen