Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Wanita 84 Tahun Didakwa Bunuh Suami Dipercayai Kerana Tidak Masak Makanan Malam

Seorang wanita berusia 84 tahun yang didakwa telah memukul suaminya hingga mati dengan menggunakan kayu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, lapor Global Times.

Kejadian yang berlaku di Huaian, Wilayah Jiangsu China Timur bermula setelah wanita itu dan suaminya telah bertengkar kerana lelaki berusia 80 tahun itu tidak memasak untuk makan malam.

Kecewa dengan suaminya itu, suspek telah keluar untuk meminta mi dari jirannya.  Apabila pulang ke rumah, dia mendapati pintu telah dikunci dan dia masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap.

Semasa pertengkaran berikutnya, wanita itu hilang kawalan dan menendang suaminya sehingga menyebabkan kematiannya.

Wanita itu telah menyerah diri kepada pihak polis. Dia dilaporkan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Sumber: Global Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa