Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Tiga Rakan Maut, Seorang Parah Kereta Bertembung Lori Sawit

KUANTAN, 14 Ogos  (Bernama) — Tiga rakan maut manakala seorang parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di Padang Tengku, Lipis kira-kira 156 Kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor dalam kenyataan media di sini hari ini berkata kejadian berlaku pada 5.45 petang selepas lori dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan di mana kereta mangsa berada.

Identiti mereka yang maut ialah pemandu kereta Faizul Idzafi Azmi, 34, serta dua penumpang belakang iaitu Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff, 32, dan adiknya Roziah, 22, yang semuanya beralamat di Jeli, Kelantan.

Gambar: BERNAMA

Mangsa yang parah ialah Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, dan beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis.

Azli berkata pemandu lori berusia 29 tahun dan kelindannya, 18, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan tidak mengalami kecederaan.

Jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.