Siakap Keli

(Video) Mungkin Anda Tak Pernah Lihat, Ini Cara Kuda Laut ‘Melahirkan’ Anak-Anaknya

Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana cara seekor kuda laut melahirkan anak? Untuk pengetahuan anda, kuda laut jantan akan melepaskan anak-anak mereka melalui kantung telur yang berada di bahagian hadapan badannya.

Proses ini berlaku apabila kuda laut betina akan memasukkan telur-telur tersebut di dalam kantung pasangannya dan disenyawakan oleh kuda laut jantan sehingga menetas.

Menerusi video yang dikongsikan ini, inilah rupanya seekor kuda laut jantan melepaskan ratusan malah boleh jadi ribuan anak-anak mereka di dalam air.

Apa yang menjadi perhatian dalam video ini adalah saat kuda laut ini melepaskan anak-anaknya, ekornya seakan dililit pada batu karang supaya memudahkan kerjanya.

 

Sumber: Learn Something , National Geographic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang