Siakap Keli

Wanita Dedah Beli 4 Biji Tayar Di Shopee, Hanya Upah Kedai Pasang & Jimat Beratus-Ratus

Membeli belah atas talian semakin mendapat tempat di hati pengguna. Hanya di hujung jari, hampir semua benda yang diingini boleh didapati.

Bukan itu sahaja, barangan yang dijual atas talian lazimnya lebih murah berbanding kedai biasa. Pengguna juga lebih mudah untuk membandingkan harga barangan di kedai-kedai atas talian dengan menapis carian mengikut kriteria diinginkan.

“Jimat beratus-ratus”

Kongsi Nurul Aizura Abdullah, dia telah menjimatkan ratusan ringgit dengan tayar baru dari Shopee. Katanya, kebiasaan kos menukar keempat-empat tayar melebihi RM800, namun dengan membeli sendiri tayar di Shopee, dia berjaya menukar tayar dengan kos sekitar RM600 sahaja.

Sekadar nak kongsi. Alhamdulillah tayar dari Shopee dah sampai. Bila sampai je terus telefon En. Suami. Dia balik tengok je dia tersenyum.

Dia cakap tayar ni betul-betul tayar tahun 2020, tayar baru. Pastu dia teruja terus bawak pergi kedai tukar semua tayar baru ni.

Total tukar tayar baru untuk keempat-empat buah siap upah tukar balancing dan alignment, tak smpai RM600. Buat pertama kali nya. Sebelum ni tukar tayar mesti RM800 keatas.

Tauke kedai tayar siap mintak kami screenshot beli tayar kat seller mana.

Alhamdulillah dengan adanya Shopee saya jimat beratus-ratus.

En. Suami terus cakap nanti awak tolong survey kan tayar motor saya tu kat Shopee berapa harga. Nampak tak.. Hahaha.

Kredit: Nurul Aizura Abdullah
Kredit: Nurul Aizura Abdullah

Sumber: Nurul Aizura Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.