Walaupun setahun lebih kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra atau lebih senang dengan panggilan Zahir, ahli keluarga dan orang ramai masih teguh mencari walaupun semuanya menemui jalan buntu.
Perkongsian daripada bapa kepada Zahir, Mohd Fauzi berkata dia terpaksa berhenti seketika mencari anak kesayangannya ini kerana faktor kewangan dan kesihatan. Pebagai andaian dibuat namun Zahir tetap belum ditemui.
Tiada apa yang diharapkan oleh keluarga ini selain daripada Zahir untuk pulang ke pangkuan mereka. Ibu bapa mana yang tidak sedih anak yang dibelai mereka hilang terus tanpa khabar berita. Semoga adik Zahir ditemui dalam keadaan selamat dan keluarga ini kembali ceria seperti dulu.
“1 Tahun 4 Bulan… selamatkanlah anakku Zahir”
Assalamualaikum. Ya allah, aku memohon padamu, selamatkanlah anakku Zahir.Walaupun dimana jua. Walau pun telah aku Ikthiar berbagai cara, aku tetap memohon pada mu ya Allah.
Selamatkanlah Zahir dari segala mala pertaka. Aku memohon padamu ya Allah, kembalikanlah Zahir pada kami yang amat merinduinya.
Ikthiar sebelum ini, aku dapat rasakan zahir makin dekat…
Ikthiar sebelum ini, aku dapat rasakan zahir makin dekat. Aku sekeluarga makin kerap bermimpi, Zahir balik ke rumah. Kadang-kadang seperti kelibat Zahir berada dirumah. Ya Allah, kembalikanlah Zahir ke dunia yang nyata.
Sekarang ini, aku berhenti sementara mencari zahir, kerana keadaan aku sakit semula dan kewangan yang berkurangan. Aku akan mencari semula apabila aku sihat semula.
Ya Allah, aku radha ketentuanMu ya Allah. Tidak bergerak sebesar zarah dengan izinMu. Aku tahu, ini adalah ujian ku daripada mu ya Allah. Ya allah, izinkan lah zahir kembali kepada kami. Kerinduan ini tidak tertahan rasanya.
Sumber: Mohd Fauzi