Siakap Keli
Gambar Via Bernama Tv

TERKINI: 25 Kes Positif Baharu Termasuk 9 Kes Tempatan, 5 Kes Dilaporkan Di Kedah Hari Ini

Sebanyak 25 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,200 kes setakat Ahad (16 Ogos 2020).

Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 216 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 25 kes baharu, 9 kes merupakan kes tempatan dan 16 kes adalah kes import. Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selain itu, terdapat 28 kes Covid-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,859 atau 96.29 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.