Siakap Keli

(Video) Anak Kambing ‘Malang’ Terjerlus Dalam Lumpur, Sebelum “Accident” Dalam Lopak Air Buat Tuan Pening Kepala

Sebuah video yang memaparkan seekor anak kambing ‘malang’ yang terjerlus ke dalam lumpur berulang kali setelah diselamatkan oleh tuannya, menghiburkan hati ramai warganet.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik oleh seorang individu di Twitter, anak kambing tersebut kelihatan berada di dalam lumpur dengan keadaan badan yang separuh tertimbus.

Setelah diselamatkan oleh pemiliknya,  haiwan tersebut tergolek semula ke dalam lumpur lain sambil cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya.

”Lepas lari, accident pula kat sini, kau ni macam-macamlah..” kata pemilik haiwan tersebut yang mengundang geli hati ramai.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut memberikan pelbagai rekasi dengan menyifatkan anak kambing tersebut sebagai nakal dan sengaja ingin bermain.

Bukan kali pertama tuan di hadap macamni

Jenis nakal tak reti duduk diam macam ni lah

Comelnya perangai kambing tu

Sumber: Twitter @imanirfann

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.