Siakap Keli
Gambar: Bored Panda

Kucing Kantoi ‘Curi’ Puluhan Kasut, Wanita Ini Terpaksa Buat ‘Facebook Group’ Untuk Pulangkan Kasut Jiran

Tak pernah duduk diam, keletah nakal si kucing sememangnya sentiasa menjadi perhatian walaupun terkadang haiwan comel itu akan memberikan pelbagai masalah besar kepada pemiliknya.

Sama seperti kucing ini yang memilih untuk menjadi seekor ‘pencuri’ kasut sehingga menyebabkan pemiliknya pening untuk memulangkan semula kesemua kasut-kasut tersebut.

Rentetan itu, pemiliknya, BJ Ross dari Pennsylvania telah mencipta satu kumpulan di Facebook untuk menguar-uarkan kepada jiran-jirannya mengenai kasut yang dicuri oleh kucingnya yang bernama Jordan.

Menurut WTAJ, kucing hitam dan putih seberat enam paun itu berterusan keluar pada waktu malam dan pulang ke rumah dengan ‘barang curian’ pada rahangnya.

Ross berharap agar media sosial dapat membantu mengembalikan semua kasut tersebut kepada pemilik masing-masing namun juga telah menjadikan Jordan terkenal.

“Sekiranya anda mengenali kucing saya, Jordan, anda semua perlu tahu bahawa dia suka membawa kasut pulang ke rumah,” kata Ross di dalam kumpulan Facebook itu.

Menerusi pengesan GPS pada Jordan, ia melakukan ‘kegiatannya’ di rumah-rumah di seluruh kawasan sekitar.

Gambar: boredpanda.com

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.