KOTA KINABALU, 17 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 Sept manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 Sept.
Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.
Sumber: BERNAMA