Pihak berkuasa Tokyo berkata strok haba telah mengakibatkan kematian sebanyak 27 orang di kawasan metropolitan dalam tempoh 6 hari, ketika cuaca panas terus melanda di Jepun.
Pejabat Pemeriksa Perubatan mengatakan mangsa kematian adalah daripada golongan 50-an hingga 90-an dan sebanyak 70% kematian untuk golongan 70-an hingga 90-an.
Daripada 27 jumlah kematian yang berlaku itu, sebanyak 26 kematian telah berlaku di dalam rumah dan daripada jumlah kematian itu juga sebanyak 23 mangsa yang tidak mempunyai alat penghawa dingin di dalam rumah mereka.
Statistik menunjukkan angka kematian ekoran daripada strok haba di ibu negara Jepun pada bulan Ogos ini telah mencapai 53 orang.
Nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan awam:
- Guna penyaman udara sepanjang masa
- Kerap minum air untuk memenuhi sumber air dalam badam dan terhindar daripada dehidrasi.
Sumber: NHK WORLD-JAPAN