Setelah tiga tahun berlalu, seorang remaja lelaki telah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017 lalu.
Menurut laporan Bernama, mahkamah memerintahkan remaja lelaki itu ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah perintahkan remaja lelaki itu ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.#Ittifaqiyah pic.twitter.com/KUqyoaBSgi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2020
Menyingkap kembali tragedi yang pernah menggemparkan negara pada 14 September 2017 itu, 21 orang pelajar dan 2 orang guru maut akibat terperangkap di tingkat tiga asrama kira-kira jam 5 pagi.
Untuk ketahui mengenai kronologi kes ini, ikuti perkongsian Bernama di bawah ini.

[Infografik] Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran #Ittifaqiyah
[Infographics] Darul Quran #Ittifaqiyah Tahfiz school fire tragedy
Berita penuh: https://t.co/pLnhJf9EAA pic.twitter.com/V2mQlN0Jro
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2020
Pada hari ini, Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapati remaja lelaki berumur 19 tahun bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017.
Mahkamah Tinggi KL dapati remaja lelaki berumur 19 tahun bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017 https://t.co/e7624tdtwx
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2020
Sumber: Bernama