Putrajaya, 17 Ogos- Sebanyak 12 kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dari angka itu, sebanyak 10 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.
Sebanyak tujuh pertambahan direkodkan melibatkan Kluster Tawar dan dua kes melibatkan Kluster Sala, kedua-duanya di Kedah. Satu lagi kes dikesan dalam saringan gejala di Selangor melibatkan seorang warga negara tempatan.
Sementara itu, kes import pula melibatkan dua bukan warga negara yang tiba ke Kuala Lumpur dari luar negara.
Tiada kematian baru dilaporkan.
Terkini. 17 Ogos. Sebanyak 12 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 10 tempatan dan 2 import.
Antara kes tempatan ialah 7 dari Kluster Tawar dan 2 kes Kluster Sala.
Tiada kematian dan kluster baharu dilaporkan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 17, 2020
PERINCIAN KES BAHARU (12)
KL – 2
2 kes import BWN tiba dari luar negaraSELANGOR – 1
1 kes WN saringan bergejalaKEDAH – 6
4 kes WN Kluster Tawar
2 kes WN Kluster SalaP. PINANG – 3
3 kes WN Kluster Tawar pic.twitter.com/wM6Cy8KR79— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 17, 2020
Sumber: KKM