Siakap Keli

(Video) Ceria Tetapi Bertongkat, Keadaan Terkini Hafizh Selepas Terlibat Kemalangan Ngeri Moto2 Semalam

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlibat dengan kemalangan dalam satu perlumbaan di GP Austria, semalam.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Pada pagi ini, laman Twitter BERNAMA berkongsi satu video rakaman mengenai keadaan Hafizh setelah menerima rawatan di pusat perubatan di sana.

Dlam video berkenaan, Hafizh kelihatan ceria bagaimanapun terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan.

Beberapa perkongsian mengenai keadaan semasa pelumba negara ini turut dikongsikan dari semasa ke semasa di laman facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.