Siakap Keli
Gambar: India Today

(Video) Rakaman Cemas Dari Sudut Pandangan Rossi Ketika Jentera Morbidelli ‘Terbang’ Berdekatannya

Perlumbaan MotoGP yang berlangsung di litar Red Bull Ring, Austria pada Ahad lalu telah menobatkan pelumba dari Itali yang menunggang jentera Ducati iaitu Andrea Dovizioso sebagai juara di litar tersebut.

Pun begitu, perlumbaan itu telah dicemari dengan insiden yang paling ditakuti para pelumba iaitu kemalangan.

Ketika di selekoh yang ketiga, satu kemalangan telah terjadi membabitkan Johann Zarco yang mewakili pasukan Esponsorama Racing dan Franco Morbidelli dari pasukan Petronas Yamaha SRT, menurut Nine.com

Insiden kemalangan itu hampir membantutkan hasrat juara sembilan kali iaitu Valentino Rossi untuk terus memberikan saingan pada perlumbaan berkenaan.

Ketika kejadian, jentera Franco Morbidelli yang terbabas di selekoh ketiga pada ketika itu telah terpelanting sehingga hampir mengenai Valentino Rossi.

Detik-detik insiden itu berjaya dirakamkan melalui kamera yang dipasang dipercayai di jentera Valentino Rossi.

Berikut adalah insiden kemalangan yang berjaya dirakam menerusi pandangan kamera dari jentera Valentino Rossi:

“Betul-betul menakutkan”

Sumber: MotoGP/Nine.com

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa