Siakap Keli
Gambar: SMAHI

“Cook For Charity”, Abang-Abang ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Buat Kerja Amal Masak Untuk 2,000 Insan Memerlukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Orang kata, lelaki sejati ialah lelaki yang kuat bekerja dan dalam masa yang sama, hebat juga memasak di dapur.

Bagi yang bujang, Insya-Allah mereka akan berpeluang menjadi lelaki sejati seperti itu, manakala bagi yang sudah berkahwin, siapa yang mampu jadi lelaki sejati sebegitu, dialah hero dalam rumahtangga.

Namun, encik-encik suami di komuniti Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) sekali lagi membuktikan lagi kejantanan mereka dengan lebih ampuh.

Kalau sebelum ini hanya senduk yang bertaji di jari, kemudian laksanakan pula ibadah korban, maka kali ini brotherhood SMAHI bersama-sama turun ke jalanan untuk berbakti kepada masyarakat.

Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI

Cook For Charity: 30 tenaga, 40 lokasi, 2,000 penerima

Selepas berbakti sambil menjalani ibadah korban sebelum ini, SMAHI meneruskan lagi bakti mereka dengan menjalankan program Cook For Charity pada 16 Ogos lalu.

Cook For Charity adalah program kebajikan berskala besar untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada kira-kira 2,000 penerima manfaat di 40 lokasi melibatkan rumah anak-anak yatim, rumah jagaan warga emas dan sekolah tahfiz.

Meskipun hanya berbekalkan 30 orang tenaga ahli brotherhood SMAHI, namun itu tidak menjadi masalah untuk mereka berkongsi penat-lelah, lebih-lebih lagi semua makanan tersebut dimasak oleh mereka sendiri.

Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI

Pengasas SMAHI, Rodk Raymee berkata, program dengan kerjasama UBE Catering & Services itu melibatkan kerja-kerja memasak dari mula mengupas bawang hinggalah membungkus makanan dan ia dijalankan di Halal Kitchen, milik syarikat katering tersebut.

Difahamkan, program ini adalah rentetan daripada Berkat Korban di mana sebahagian daging yang telah diperuntukkan untuk pakej asnaf melalui tempahan online SMAHI &AEON dan Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. lalu telah diambil dan dimasak oleh pihak UBE Catering kali ini.

Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI

Bersengkang mata, pisau diasah seawal lima pagi

Seawal pukul 5 pagi lagi, pemilik katering, Tuan Haji Berahim menjalankan tugasnya sebagai ‘kapten’ dalam projek memasak bersama kakitangan-kakitangannya.

Semua menu makanan iaitu nasi minyak, daging masak kurma dan daging masak hitam selesai dimasak kira-kira pukul 8 pagi, sebelum dibungkus sebanyak 2,000 pek untuk diagihkan ke 40 rumah anak-anak yatim, madrasah tahfiz dan rumah jagaan warga emas.

Dalam pada itu, seramai 30 orang ahli SMAHI yang diketuai pengasasnya, Rodk Raymee beserta wakil syarikat yang terlibat dikerahkan ke lokasi-lokasi berkenaan bagi menjalankan misi sumbangan tersebut.

Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI

Difahamkan, kerja-kerja pembungkusan pek makanan dijalankan sekitar 9 pagi dan sesi edaran dimulakan kira-kira 10 pagi.

Semua sukarelawan SMAHI bergerak ke lokasi masing yang telah dijadualkan, melibatkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI
Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI
Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI
Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI
Suasana sekitar program ketika berlangsung: Gambar: SMAHI

Bakti SMAHI tidak terhenti di sini

Menurut Rodk lagi, program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pihak penganjur, penerima dan yang berkaitan.

Jelasnya, kerja kebajikan yang dijalankan bersama SMAHI ini bukan terhenti setakat di sini sahaja.

Sebaliknya, program ini akan bersinambungan dengan satu lagi projek misi kemanusiaan seterusnya, iaitu Kongsi Food for Homeless yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Nantikan..

Antara wajah-wajah brotherhood SMAHI yang turut serta. Gambar: SMAHI

Pengasas SMAHI, Rodk Raymee (depan) bersama dua lagi ahli SMAHI yang turut serta. Gambar: SMAHI

Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini?

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.