Siakap Keli
gaji jepun
Kredit: Google

“Hanya Gah Pada Nama”, Pemuda Terkejut Lihat Gaji “Engineer” Di Malaysia Jauh Berbeza Dengan Jepun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setelah berbelas tahun menetap di Jepun, Ahmad Sabri kini ingin pulang ke Malaysia. Katanya, “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri”.

Misi mencari kerja pun dilakukan. Apa yang mengejutkannya ialah penawaran gaji di Malaysia jauh berbeza dengan di Jepun biarpun mempunyai skop kerja yang lebih luas.

“Terkejut tengok! Kelayakan untuk kerja Engineer terlalu tinggi dan skop kerja terlalu luas.”

Tengok balik gaji yang ditawarkan, RM2500/bulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya.. memang betul. Gaji RM2500.

Kawasan kerja di Puchong. Di mana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar.

Kos pengangkutan, tol, minyak dan parking pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat “kena ada kenderaan sendiri” pula di mana menelan kos sekitar RM300/sebulan.

Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insurans, KWSP adalah sekitar RM 1500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kongsinya lagi, gaji ditawarkan itu amat berbeza dengan penawaran di Jepun. Dengan kemudahan diberikan syarikat, gaji di Jepun adalah lebih tinggi walaupun mempunyai skop kerja yang lebih kecil.

Lepas tu banding pula cari kerja di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Bersih sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2000-3000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan.

Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Jelas Ahmad Sabri, dia berpendapat gaji bagi pekerja profesional di Malaysia adalah sedikit dan tidak berbaloi dengan apa yang dijangka oleh majikan.

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid?

Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu mengarut. Gaji ditawarkan rendah, tapi jangkaan (expectation) tinggi.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Tambahnya lagi, ramai kawan-kawannya yang belajar bersama di Jepun terpaksa menukar bidang sebaik pulang ke Malaysia.

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang perkhidmatan pelanggan.

Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan?

Walaubagaimanapun jelasnya, dia bukanlah memandang rendah pekerjaan di Malaysia sebaliknya sekadar membandingkan pekerjaan di kedua-dua negara ini berikutan rancangannya untuk pulang bekerja ke Malaysia.

Kerja di Jepun
Gaji cecah 500,000yen (RM20,000) sebulan.
Skop kerja, pandai English, pandai mengedit/menulis & terjemah dokumen.

Sumber: Ahmad Sabri

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.