Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kad Pengenalan Hilang: Lelaki Buat Laporan Palsu Kononnya Diragut

Gara-gara tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki bertindak membuat laporan polis palsu kononnya beliau menjadi mangsa kes ragut, di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faizal berkata lelaki berusia 26 tahun itu membuat laporan polis dengan mendakwa dia diragut semasa berada di kawasan Jalan gasing, Petaling Jaya oleh dua suspek, kira-kira 6.15 petang.

Beliau berkata polis yang meragui kenyataannya telah memanggil semula lelaki itu, yang akhirnya mengaku bahawa kad pengenalan beliau sebenarnya hilang, dan laporan polis mengenai kejadian ragut yang dibuatnya adalah palsu.

“Lelaki itu berbuat demikian kerana bimbang tidak dapat memperbaharui kad pengenalannya atau perlu membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu tidak ditahan, namun dijangka akan dihadap ke mahkamah dalam tempoh terdekat, selepas satu kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya supaya lelaki dituduh dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan akibat membuat laporan palsu.

Nik Ezanee berkata tahun ini pihaknya menerima enam kes melibatkan orang awam membuat laporan polis palsu dan polis yang memandang serius perkara itu, mengingatkan orang ramai agar tidak membuat laporan sesuka hati demi kepentingan peribadi.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.