Siakap Keli

Kanak-kanak 2 Tahun Meninggal Dunia, Dipercayai Tertinggal Dalam Bas Sekolah 6 Jam Dalam Cuaca Panas

Kanak-kanak lelaki ditemui meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam bas sekolah dalam keadaan cuaca panas selama 6 jam di Thailand.

Nong Kongbin, 2, dibawa ke sekolah pada 11 Ogos, tetapi telah ditinggalkan di dalam bas tersebut. Dia kemudiannya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang.

Pada ketika itu, kanak-kanak lain sudah masuk ke dalam kelas mereka namun, pemandu bas itu dikatakan terlupa akan budak lelaki itu. Dipercayai, mangsa berada di dalam bas dari pukul 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari di mana suhu di dalam bas pada waktu itu mencecah 57C.

Mangsa berada dalam keadaan koma selama 4 hari dan kematiannya disahkan oleh pihak hospital pada Sabtu malam disebabkan oleh organ, hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.

Pengusaha taska Sunistha Phookwanish menyatakan bahawa kakitangan mereka menjalankan tugas menjaga 17 kanak-kanak di dalam kenderaan.

Pemandu bas itu menjelaskan bahawa dia bergegas mengeluarkan kanak-kanak yang berada di dalam bas miliknya kerana pada waktu itu cuaca buruk menghampiri dan tidak menyedari bahawa mangsa tertinggal di dalam bas tersebut.

Ibu kanak-kanak itu, Suwapat Yodmanee, 26, melihat bahawa gambar yang diambil oleh kakitangan pada hari itu tidak termasuk anaknya, jadi dia memanggil pusat asuhan untuk memeriksanya.

Dia bergegas ke sekolah tetapi anaknya telah dibawa ke hospital.

Pusat jagaan kanak-kanak pada awalnya memberikan pampasan 10,000 baht kepada keluarga yang sedang bersedih itu.

Pemandu bas dan guru taska sudah ditahan polis untuk disiasat.

“Mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga pelajar atau budak sekolah harus dikenakan tindakan atas dasar kecuaian. Kes ini masih dalam siasatan” kata wakil polis, Mejar Jeneral Sonthichai Arwattanakulthep.

Sumber: News.com.au

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.