Siakap Keli
turunkan berat badan sebulan
Gambar: Alexander Enggu

Konsisten 25 Hari, Lelaki Dedah Amal Diet & Senaman Ini Hingga Berat Turun 14.5kg Dalam Sebulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi anda yang bakal melayari hari istimewa tidak lama lagi, jangan risau, masih ada harapan untuk anda turunkan berat badan dalam tempoh sebulan.

Baru-baru ini, kami sempat menemubual seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya dengan ketara dipercayai dalam tempoh kurang sebulan.

Biarpun diet dan senamannya mungkin agak mencabar, sedikit sebanyak ia menunjukkan tiada yang mustahil untuk dicapai dengan adanya kesungguhan.

Jom kita baca perkongsian saudara Alexander Enggu dalam group Diet Suku-suku Separuh mengenai caranya menurunkan berat badan secara ketara dalam tempoh 25 hari.

Sebelum (103.6 kg)

tips kurus sebulan
Gambar: Alexander Enggu

“Belum sampai sebulan lagi. Bersenam kat taman ja dan kawal pemakanan.”

Menurut Alexander, dia memulakan rutin dengan senaman ringan diikuti tekan tubi dan regangan badan.

Senaman rutin utama saya ialah tekan tubi (push up), minggu pertama saya bermula ringan. Panaskan badan cukup-cukup dan buat tekan tubi 5-15 kali diikuti berjalan ringan/regangan badan.

Benda yang paling sulit ialah kawal makan.

Kongsinya, dia mengambil hidangan mee kolok Sarawak bersama teh kurang manis diikuti 4 keping biskut dan air glukosa pada tengah hari.

Untuk makan malam pula, Alexander mengambil isi ayam atau kepak ayam gril bersama brokoli serta kacang di dalam tin. Katanya, dia mengambil makan malam pada 7 petang.

Alexander membancuh gula ini dengan air masak/air tapis/air mineral bagi menghasilkan air glukosa.

Tambah Alexander, setelah badannya mula terasa ringan, dia mula menekan tubi 50 hingga 100 kali sehari.

Minggu seterusnya setelah badan ringan saya henjut push up 50-100 kali, berjalan, sit up dan squat. Jangan lupa pemanasan badan yang cukup ya, dari tengkuk sampai kaki. Takut nanti tercedera sendi. Selamat mencuba.

Jelasnya, dia mengamalkan senaman pada setiap petang selama sejam di samping hanya berjalan dan tidak berlari.

Dia juga mengambil makanan yang sama sejak awal melakukan cabaran menurunkan berat badan dalam tempoh kurang sebulan ini.

Selepas (89.1 kg)

Gambar: Alexander Enggu

Bagaimana? Anda rasa anda boleh capai berat badan ideal dalam tempoh yang sama? Apapun, semoga berjaya.

Sumber: Alexander Enggu

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.