Kesan parut di wajah mereka di bawah ini menceritakan 1001 kisah di sebalik tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini.
Ledakan letupan tersebut bukan sahaja memusnahkan keadaan sekeliling, malah ia juga mampu memecahkan tingkap kaca yang berbatu-batu jauhnya dari lokasi kejadian.
Kesan daripada itu, kira-kira 180 mangsa dilaporkan terkorban manakala lebih 6,000 lagi cedera.
Seorang jurutera rangkaian, Shadi Rizk ketika itu bekerja di dalam bangunan kaca di seberang pelabuhan tersebut dan terlihat api (letupan) di luar tingkapnya.
Ketika detik cemas tersebut, dia sempat mengeluarkan telefon pintarnya dan merakamn situasi itu.
Dalam masa masa, terdengar jeritan rakan sepejabatnya yang menjerit ‘Ya Tuhanku’.

Kemudian, satu bebola api daripada impak letupan tersebut muncul dan paparan di skrin kameranya bertukar menjadi debu pada waktu itu.
“Saya tidak dapat melihat atau mendengar apa-apa pun pada mulanya, ianya agak teruk.
“Kemudian selepas 20 minit, saya rasa orang lain mendengar jeritan kami dan ada seseorang datang dan membawa kami ke hospital,” katanya, memetik laporan AP.
Ekoran itu, dia memerlukan kira-kira 350 jahitan di beberapa bahagian di muka, dada, lengan dan kakinya.
“Parut yang kekal di muka dan badan ini akan menceritakan kisah saya.
“Inilah tanda (bukti) yang saya pernah terluka dengan teruk dan ia tanda saya pernah dirawat,” tambahnya lagi.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Angelique Sabounjian yang juga model fesyen turut terkena tempias letupan apabila wajahnya koyak terkena serpihan.
Kini keayuan asli wajah wanitanya yang hilang itu terpaksa digantikan dengan benang-benang jahitan.

“Ia seakan-akan bom nuklear.
“Dan ini bukan sesuatu yang normal untuk berlaku,” katanya.
Dia seperti beberapa mangsa terselamat yang lain, kini sedang menuntut siasatan dan pengadilan antarabangsa bagi insiden berkenaan.
Selain itu, ramai lagi individu tercedera teruk dan dipercayai mengambil masa yang panjang untuk sembuh.
Letupan kejam itu turut memusnahkan bangunan-bangunan di sekitarnya hingga mengakibatkan 100,000 individu kehilangan tempat kerja dan tempat tinggal dalam sekelip mata.
Berikut di bawah ini adalah foto-foto mangsa tercedera yang terselamat dan sudah menerima rawatan di hospital, dirakam oleh wartawan AP, Hassan Ammar.






Sumber: AP