Dalam keadaan Malaysia masih lagi sedang berdepan dengan krisis Covid-19, setiap orang sememangnya perlu mengikuti langkah-langkah penjagaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Seperti yang diketahui, pemakaian pelitup muka juga telah diwajibkan bermula sejak 1 Ogos lalu di kawasan-kawasan yang dipenuhi oleh orang awam.
Sayangnya, tidak semua mempunyai kesedaran untuk membuang pelitup muka yang telah digunakan di tempat yang sepatutnya.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Vasugi Ramasamy di Facebook, beliau dan adiknya mengambil keputusan untuk mengutip pelitup muka di merata tempat di jalan Sg Bakap ke Parit Buntar.
Setiap hari saya ulang alik ke kerja saya melihat topeng muka
Salam Sejahtera
Saya Vasugi Ramasamy dan nie adik saya Suriya Kuppusamy dari Taman Kesumba,Sg Bakap,Pulau Pinang. Saya berkerja di Econsave Parit Buntar(Sebagai Acc Clerk)dan adik saya pulak belajar di ILP Nibong Tebal. Setiap hari saya ulang alik ke kerja saya melihat topeng muka(FACE MASK) kelihatan di merata tempat. So saya mengambil keputusan untk mengutip topeng muka (FACE MASK)yang kelihatan di merata tempat(Sg Bakap Ke Parit Buntar).
So pagi nie saya dan adik saya turun utk menyelesaikan misi nie.Tujuan utk kami menyelesaikan misi nie adalah mengurangkan pelbagai jenis kuman,bakteria,dan virus pada waktu pendemik #COVID19 .So kawan-kawan tolong fikir sebelom membuang topeng muka(FACE MASK) yg guna di merata tempat.
Kita mana lah nak tahu Warga Emas dan kanak-kanak kita sihat atau tidak sama ada mereka mencukupi antibiotik yg sepenuhnya?So merekalah orang pertama yang diserang oleh #COVID19 ini.Sekarang seluruh dunia diseksa oleh #COVID19 nie…dewasa tidak dapat pergi ke kerja,kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah dll.
Time macam nie kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri,pada masa yg sama jaga kebersihan dan kesihatan negara juga.Itu tanggungjawab sama-sama.Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK)dimerata,itu akan menambahkan risiko.
#JagalahKesemalatanDiriDanNegara
#HapuskanCovid19
#BerhentiMembuangTopengMuka
Usaha yang dilakukan oleh Vasugi dan adiknya itu juga mendapat reaksi yang positif dari warganet dan rata-rata dari mereka berterima kasih kepada Vasugi.
Sumber: Vasugi Ramasamy