Siakap Keli
penyokong bola
Kredit: TFC/Bernama

Pernah Panjat Stadium 3 Kali Tengok Bola Secara Haram, Seorang Penyokong Terengganu Mohon Maaf & Pulangkan Duit Tiket

Seorang peminat yang setia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong individu atau kumpulan kegemarannya.

Bagi seorang penyokong pasukan Terengganu Footbal Club (TFC), dia sanggup memanjat pagar stadium untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi beberapa tahun lalu.

Pun begitu, dia akhirnya menyedari tindakannya menyelinap ke dalam stadium itu adalah satu kesalahan. Susulan itu, penyokong berkenaan kini tampil ke hadapan untuk menebus semula kesilapan lalu dan membayar semula harga tiket tersebut.

Hal ini dikongsikan TFC di laman rasmi Facebook mereka dan mendapat lebih 3,100 tanda suka dalam tempoh empat jam sahaja.

Terima kasih penyokong yang sentiasa jujur

Pagi ini salah seorang penyokong pasukan TFC hadir ke pejabat pengurusan menyatakan beliau ingin membayar duit tiket bagi 3 perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu pada tahun 2010/2011.

Beliau menyatakan pada ketika itu, beliau memanjat pagar stadium secara haram dan berjaya masuk kedalam dan menonton perlawanan pasukan Terengganu.

Beliau menyatakan pada ketika itu beliau masih muda dan tidak berfikir panjang dan pemikiran beliau masih belum terbuka tentang betapa besarnya sumbangan penyokong dalam membantu kewangan dan kestabilan pasukan yang mereka sokong walaupun hanya dengan membeli sekeping tiket.

Beliau merasa bersalah dan ingin mengambil tanggungjawab untuk memulangkan apa yang sepatutnya beliau serahkan sekian lama.

Bagi TFC, ianya adalah satu tindakan yang sangat terpuji, dan beliau menunjukkan beliau adalah seorang yang jujur bukan sahaja sebagai seorang penyokong, tetapi sebagai seorang manusia.

Kepada anda yang kami maksudkan ini, terima kasih, anda adalah penyumbang dan anda adalah pejuang bersama kami.

Sumber: Terengganu Football Club

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.