Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: 7 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 3 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini

Terdapat sebanyak 26 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih dan discaj adalah sebanyak  8,902 kes.

Menerusi sidang media  oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah 7 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,219 kes.

Daripada 7 kes tersebut, 3 adalah kes tempatan dan 4 kes import. Kes tempatan melibatkan 2 kes di Kluster Sala dan 1 kes Kluster Tawar.

Tiada kes kematian dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah kekal sebanyak 125 kes.

Menerusi maklumat daripada KKM, terdapat lapan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 kes memerlukan alat bantuan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa