Polis Perancis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang didapati telah mencacatkan kuda yang masih hidup dan mengambil bahagian badan mereka, lapor Daily Mail.
Sekurang-kurangnya 15 serangan ke atas kuda dan keldai telah dilaporkan di negara itu terutamanya di kawasan luar bandar berhampiran Lyon sejak awal tahun ini.

Pihak berkuasa tidak memaklumkan mengenai suspek atau motif serangan tersebut namun mendakwa bahawa serangan itu mungkin sebahagian daripada ritual sadis atau ‘challenge’ atas talian.

Seekor kuda betina juga dilaporkan mati semalam dan dijumpai dengan hidung, telinga dan sebelah matanya dikeluarkan di wilayah Jura.
Sejak itu, pihak berkuasa telah mengemukakan rayuan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesiapa yang dilihat bertindak dalam keadaan mecurigakan di kawasan padang kuda, ladang penternakan dan pusat ekuestrian.
“Kes-kes ini dipandang serius dan sedang disiasat oleh polis Jura,’kata mereka di Facebook.

Serangan tersebut dikatakan bermula pada Februari tahun ini iaitu apabila seekor kuda ditemui mati di sekolah agrikultur di Château-Salins berdekatan dengan wilayah Alsace.
Serangan meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan sekurang-kurangnya lima insiden dilaporkan sejak awal bulan ini.
Sumber: Daily Mail