Siakap Keli
wuhan berparti
Kredit: NY Post

Tular Video Dipercayai Penduduk Wuhan Anjur Parti Kolam Tanpa Penjarakan Fizikal & Topeng Muka

Ratusan pengunjung dirakam bersuka-ria dalam satu pesta taman tema air dipercayai di Wuhan, China.

Menurut laporan New York Post, aktiviti itu dipercayai berlangsung di Wuhan Maya Beach Water Park pada hujung minggu lalu.

Dalam video yang tular, kelihatan orang ramai bermain air dan ada yang bersantai di atas pelampung sambil menonton persembahan.

Pengunjung juga dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai penutup muka.

Wuhan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menjadi pusat penularan wabak COVID-19 yang dipercayai berpunca daripada pasar makanan eksotik tempatan.

Bandar yang mempunyai sekitar 11 juta penduduk itu dilaporkan mencatatkan lebih 3,000 kematian sebelum ini.

Susulan itu, kerajaan telah mengenakan perintah berkurung ke atas bandar berkenaan bagi membendung penularan pantas wabak tersebut.

Semua pengangkutan awam dilaporkan dihentikan operasi di samping penutupan sekolah dan tempat awam.

Sejak 8 April lalu, perintah berkurung di bandar berkenaan telah ditamatkan susulan kadar kes yang terkawal.

Angka kes COVID-19 di China pada ketika ini dilihat mendatar dengan dua angka berdasarkan laporan Worldometer. Negara itu kini mempunyai 595 kes aktif dengan kadar sembuh 95%. Sebanyak 4,634 kematian dicatatkan di negara itu sehingga kini.

Sebaliknya di beberapa negara lain di seluruh dunia, COVID-19 telah membunuh ratusan ribu nyawa. Terkini, kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah lebih 773,000 kes dengan 21.8 juta jangkitan di seluruh dunia.

Sumber: NY Post, Worldometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.