Siakap Keli

(Video) Kucing Tiba-Tiba Jatuh Dan Hempap Kepala, Lelaki Tua Tak Sedarkan Diri Dan Masuk Hospital 23 Hari

Seorang lelaki warga emas di China mengalami detik-detik yang menakutkan setelah seekor kucing terjatuh di atas kepalanya sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri, lapor Mothership.

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh media tempatan, lelaki itu dilihat sedang berjalan bersama anjing peliharaannya di wilayah Heilongjiang.

Namun, tiba-tiba seekor kucing yang ‘terbang’ entah dari mana ‘menghempap’ kepala warga emas itu.

Kucing itu kemudian beredar dari situ dan duduk berteleku di satu sudut bangunan. Warga emas tersebut pula dilihat tersungkur di lantai dan tidak bergerak.

Anjingnya kelihatan sibuk menghidu rumput-rumput di situ sebelum menyedari pemiliknya tidak sedarkan diri.

Haiwan itu kemudiannya menyedari kucing yang sedang duduk di satu sudut pintu masuk bangunan dan menghampirinya.

Menurut The Sun, lelaki itu kini sedang dirawat di hospital selama 23 hari dan memakai pendakap leher semasa tempoh rawatannya. Dia juga dilaporkan menjalani fisioterapi.

Tidak berapa lama selepas itu, kucing itu telah dikenal pasti sebagai haiwan peliharaan jiran warga emas terbabit dan dilaporkan jatuh dari balkoni apartmennya.

Jirannya tidak menyedari kucingnya hilang sehingga orang lain memaklumkan bahawa kucing itu telah jatuh dari balkoni.

Dia mengatakan bahawa dia tidak percaya ketika melihat rakaman CCTV sehingga polis menghubunginya untuk membawa pulang kucingnya itu.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa