Siakap Keli

(Video) Rakaman Kambing Biri-Biri ‘Beku’ Di Ladang Cetus ‘Teori’ Dalam Kalangan Warganet

Sekawanan kambing biri-biri didapati berdiri kaku seakan sedang dipukau di dalam satu video yang pelik ini, lapor Mirror.

Video yang agak pelik itu telah dirakam seorang lelaki bernama Rory Davis, 24, pada bulan lalu.

Menurutnya, dia telah menyaksikan insiden tersebut ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah rumah yang terletak di Troutbeck di Lake District.

Rory menyatakan bahawa ibunya telah menghantar mesej kepadanya pada pukul 10 pagi yang menyuruhnya untuk melihat ke arah kambing biri-biri tersebut. Namun dia tidak menghiraukan berkenaan perkara itu sangat.

Namun apabila teman wanitanya yang bernama Emily melihat ke luar tingkap sejam kemudian, Emily telah mengatakan bahawa kambing biri-biri itu hanya terkaku dan tidak bergerak langsung.

Rory berkata: ” Sejujurnya, sukar untuk saya mempercayai apa yang saya lihat itu!

“Saya sangat terkejut sehingga saya hanya mampu berdiri sahaja di sana dan ketawa dalam keadaan yang penuh terkejut.”

Beberapa jam kemudian, kambing biri-biri tersebut dilihat masih berdiri dengan cara yang sama di tempat yang sama.

“Dari saat ibu saya menghantar mesej kepada saya pada pukul 10 pagi itu sehinggalah ketika saya keluar pada pukul 1pm, mereka masih dalam keadaan yang sama.

“Namun apabila saya pulang, kambing-kambing itu telah hilang.”

“Saya juga tinggal di luar bandar dan saya tidak pernah melihat perkara sebegini sebelum ini.”

Tidak dapat dipastikan mengapa kambing biri-biri itu berkelakukan sedemikian.

Sudah pastinya, rakaman sebegitu akan mencetuskan teori yang diutarakan oleh warganet. Untuk rakaman kambing biri-biri dalam keadaan beku ini, teori yang dibahaskan oleh warganet adalah mereka menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan perubahan suhu.

Terdapat warganet yang mendakwa bahawa kambing biri-biri itu kadang kala akan berdiri kaku ketika hujan lebat turun serta ketika mereka basah dan sejuk.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa