Siakap Keli
Gambar: Mirror

“Anak Saya ‘Mati 15 Kali’ Dalam Pelukan Saya,” Ibu Tertekan, Anaknya Hidap ‘Edward Syndrome’ Meninggal Dunia

Seorang bayi dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku iaitu ‘mati sebanyak 15 kali’ di dalam pelukan ibunya sebelum ibu bapanya mengambil keputusan yang berat iaitu untuk mematikan alat sokongan hidup bayi tersebut, lapor Mirror.

Bayi itu dilahirkan dengan ‘Edwards syndrome’ yang tidak dapat dikesan semasa kehamilan dan mengakibatkan kebanyakan bayi meninggal dunia sebelum atau selepas mereka dilahirkan.

Mangsa meninggal dunia selama empat minggu selepas kelahiran pramatang sehingga menyebabkan ibunya kecewa dan menghidap Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Ibu kepada bayi itu yang berasal dari Bury, berdekatan Manchester, menyangka bahawa dia mengandung secara normal kerana imbasan menunjukkan bayinya sihat sehingga doktor mendedakan bahawa anak yang dikandungnya menghidap ‘Edwards Syndrome’.

Bayi itu juga dilahirkan dengan dua lubang pada hatinya dengan buah pinggangnya yang bersatu.

Dia akan berhenti bernafas secara kerap kerana keadaannya itu yang menyebabkan doktor-doktor terpaksa menyedarkannya berkali-kali semasa di dalam pelukan ibunya.

“Jika lehernya tidak berada dalam posisi tertentu ketika saya memeluknya, nafasnya akan berhenti. Kepalanya mesti tegak setiap masa”

“Doktor memberitahu kami bahawa dia akan menghabiskan sisa hidupnya dengan rawatan paliatif.

“Jika lehernya tidak berada di dalam posisi tertentu ketika saya memeluknya, itu akan menyebabkannya berhenti bernafas. Kepalanya mesti tegak setiap masa.

“Doktor membawa kami ke sebuah bilik dan memberitahu kami bahawa mereka tidak menyangka dia akan bertahan lebih lama,”kata si ibu.

Sumber: Mirror

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.