Siakap Keli
Gambar: BBC/Oxford

Australia Janji Beri Vaksin Percuma Untuk Rakyat

MELBOURNE – Kerajaan Australia dilapor berjanji mahu memberikan vaksin COVID-19 kepada 25 juta rakyatnya secara percuma.

Vaksin tersebut kini sedang dibangunkan di bawah syarikat farmakeutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford.

Perdana menterinya, Scott Morrison berkata, sekiranya ujian klinikal yang dijalankan berjaya, maka usaha sama bersama syarikat tersebut akan menjamin penggunaan awal buat rakyat negaranya.

“Jika vaksin ini terbukti berjaya, kami akan membuat dan membekalkannya dengan segera secara percuma untuk 25 juta penduduk Australia,” katanya, memetik laporan BBC.

Perjanjian yang dibuat kerajaan dengan AstraZeneca merupakan perjanjian penghasilan vaksin pertama yang ditandatangani Australia.

Kos menghasilkan vaksin tersebut serta membekalkanya untuk seluruh populasi di negara berkenaan masih belum dinyatakan setakat ini.

Dalam masa sama, Australia juga dilaporkan telah menandatangani perjanjian bernilai A$25 juta (beranggaran RM75 juta) bersama syarikat farmakeutikal dari Amerika Syarikat, Becton Dickinson untuk membekalkan kira-kira 100 juta jarum dan penyuntik.

Untuk rekod, jumlah kematian mangsa pandemik COVID-19 di negara tersebut sudah mencatat lebih 400 kes.

Malah pada awal bulan lalu, kerajaan negeri Victoria terpaksa mengisytiharkan perintah berkurung ekoran kadar jangkitan meningkat dengan mendadak.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.