Siakap Keli

Bermodalkan RM800, Wanita Ini Bangga Lepas Berjaya “Make Over” Dapur Rumah Ayah Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti para ibu akan rasa tenang memasak jika dapur rumah anda kelihatan bersih dan kemas. Dikenakan dengan dekorasi tanpa perlu perabot yang banyak dan mahal, dapur ini kelihatan sangat menarik walaupun keluasannya sangat terhad.

Kali ini SK ingin berkongsi tentang satu tips dan cara untuk para suami dan isteri mengubah suai dapur anda tanpa menggunakan moda yang mencecah ribuan ringgit pun. Seperti perkongsian daripada Raja Nurhazwani dalam laman Facebooknya berkongsi cara mudah dia mendekorasi dapur milik orang tuannya dengan hanya modal kurang dari RM 800.

 Saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM 800.

Assalamualaikum. Episod kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula. Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan?

Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap penerangan InsyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.

Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.

Ini antara 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet

Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :

  • 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
  • 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
  • 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)
  • 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
  • 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) Beli di SINI
  • 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware) Beli di SINI
  • Storage (RM80 @ Ecoshop) 

TOTAL : RM 740.30

Pada bahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak.

Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiznya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.

Set meja dan kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan?

Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.

Bagi memudahkan proses memasak, saya menggunakan hyllis dari ikea supaya bahan-bahan masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah?

Untuk rak 3 tingkat ni pula, saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas dan teratur.

Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur. Tak manis dipandang orang.

Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik?

Ha ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai contoh bila masak di waktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita dan angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu. 

Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai dan menjadikan kawasan sudut nampak sempit.

Untuk bahagian sudut ini, saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah dan kawasan menjadi luas. Nak lagi menarik boleh la letak pokok-pokok hijau kat situ ye.

Ni adalah bahagian dapur yang mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.

Untuk mengatasi masalah tadi, saya menggunakan wallpaper brick PVC untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air dan juga tahan panas.

Tak lupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas dan bersih.

Di bahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan dan diletakkan diruangan kosong ni.

Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer dan barangan lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat.

Semoga perkongsian dan penulisan ini bermanfaat untuk semua.

 

Sumber: Raja Nurhazwani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang