Siakap Keli

Bintang Badminton Jepun, Ayaka Takahashi Bakal Bersara

TOKYO, 19 Ogos – Bintang badminton Jepun, Ayaka Takahashi, pemenang pingat emas regu wanita Sukan Olimpik Rio 2016, memutuskan untuk mengundurkan diri, lapor media tempatan pada Isnin memetik sumber terdekat.

Pemain berusia 30 tahun dan pasangannya Misaki Matsutomo, 28, itu meraih pingat emas badminton Olimpik yang pertama untuk Jepun empat tahun lalu di Brazil, dengan menundukkan pasangan dari  Denmark, Christinna Pedersen dan Kamilla Rytter Juhl, dalam perlawanan akhir,  lapor agensi berita Xinhua.

Takahashi dan Matsutomo mula bermain bersama sejak di sekolah menengah lagi. Mereka memenangi lima kejuaraan kebangsaan dan kekal di kedudukan nombor satu dunia selama 18 bulan.

Bagaimanapun, pasangan regu yang kini di kedudukan ketiga senarai regu wanita Jepun, bakal berdepan tugas getir untuk mengejar impian Olimpik mereka di negara sendiri tahun depan, memandangkan hanya dua slot diberikan kepada Jepun.

Takahashi dijangka mengadakan sidang media untuk mengumumkan keputusannya dalam beberapa hari lagi.

–BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang