Siakap Keli

“Bukan Nak Takut-takutkan..,” Ini Nasihat ‘Penting’ Dari Pensyarah Untuk Bakal Pelajar Jurusan Seni Bina

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memandangkan ramai yang tengah bergembira kerana berjaya layak ke universiti yang dipohon. Sebagai seorang yang bakal digelar pelajar Seni Bina, korang kena tahu sedikit sebanyak tentang bidang ini.

Ya, ramai yang beranggapan bahawa bidang senibina ini merupakan satu bidang yang menarik diceburi. Merekacipta bangunan yang futuristik selalunya menjadi satu kebanggaan kepada seorang graduan yang bergelar arkitek.

Tetapi, ada beberapa faktor yang korang patut tahu terutamanya dari segi kewangan. Dengar ‘nasihat’ daripada seorang pensyarah Seni Bina, Azari Mat Yasir dalam laman Twitternya untuk para ibu bapa dan bakal pelajar.

Buat waris kepada bakal pelajar senibina, aku nak pesan sikit. Kursus ni banyak pakai duit. Bukan nak takut-takutkan atau main-main. Ini realiti.

https://twitter.com/azarimy/status/1295876470376546304

Sekadar Gambar Hiasan

Buat waris kepada bakal pelajar senibina, aku nak pesan sikit. Kursus ni banyak pakai duit. Bukan nak takut-takutkan atau main-main. Ini realiti. Bila dia masuk tahun 1, dia kena beli peralatan melukis. Ini biasanya akan makan RM200, boleh pakai sampai 5 tahun kalau pandai jaga.

Dia kena beli kertas, kayu, board, kanvas dsbnya yang boleh cecah RM500 setahun pertama. Naik tahun dua, dia kena pakai komputer. Ini tak boleh share. Dia perlukan bajet untuk printing, buat model dan lain-lain, yang boleh cecah RM1,500 setahun. Itu belum kira trip dan site visit.

Untuk Sarjana Muda kos belajar selama 3 tahun boleh cecah RM10k on top of yuran dan kos sara hidup. Nampak tak banyak kalau dibahagikan dengan 36bulan, kan? Jangan terkejut, pasal dia akan mintak duit pukul 2am hari Sabtu dan nak pakai duit pukul 6am hari Ahad.

Kalau umur dah 22 tahun tak reti manage duit, macam mana nak handle projek juta-juta pada umur 25…

Untuk jadi kreatif, ada kosnya. Jangan call pensyarah marah-marah kenapa banyak sangat nak pakai duit. Kami sentiasa nasihatkan pelajar tentang kos, tetapi menjadi tanggungjawab mereka utk uruskan kewangan masing-masing.

Kalau umur dah 22 tahun tak reti manage duit, macam mana nak handle projek juta-juta pada umur 25, ye tak? Jadi, kenalah pandai-pandai manage duit!. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, diorang akan bayar balik pengorbanan tu.

Kawan-kawan aku dulu selekeh, sekarang dah pakai Lotus. Dulu rumah flat kongsi 6 adik-beradik, sekarang banglo sorang satu. Dulu beli tapau nasi separuh, sekarang ada restoran sendiri. Dulu kerja jadi kuli orang, sekarang ada kompeni sendiri. Bertabahlah.

 

Sumber: Azari Mat Yasir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang