Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat Serentak Gegar Selatan Dan Barat Daya Sumatera, Indonesia Awal Pagi Tadi

Satu gempa bumi kuat berskala 7.0 skal richter dilaporkan berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.29 pagi tersebut dikatakan berpusat di 131 kilometer barat Daya dari Bengkulu, Indonesia. Dikatakan berlaku kedalaman sehingga 84 kilometer.

Bagaimanapun, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Dalam laporan yang lain, satu lagi gempa bumi berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 6.23 pagi tadi. Gempa bumi berkekuatan 6.8 skala richter dengan jarak 159km Barat Daya dari Bengkulu, Indonesia. Gempa bumi ini juga tidak membawa ancaman tsunami kepada negara Malaysia

 

Sumber: METMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang