Siakap Keli
destinasi best konvoi
Gambar: Facebook/Instagram

Hari Merdeka Tak Semeriah Dulu? Jom Konvoi Ke 5 Lokasi Best Ini Sambil Kibarkan Jalur Gemilang

Tanggal 31 Ogos sudah semakin dekat. Kalau dulu, sudah penuh bendera berkibar atas jalan sejak awal bulan. Hampir setiap kenderaan mempunyai bendera masing-masing. Dari beca hinggalah lori, semuanya bangga kibarkan bendera. Secara tak langsung, semangat kita pun semakin berkobar-kobar melihat rakyat Malaysia yang berbagai bangsa bersatu-padu meraikan Hari Kebangsaan.

Tahun ini, apa kata kita ambil saat ini sebagai peluang untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kecintaan pada tanah air tercinta. Biarpun diserang pandemik, kita masih boleh serlahkan rasa cinta pada negara dari sekecil-kecil bersolidariti di media sosial hinggalah memasang bendera pada kenderaan.

Kemeriahan sambutan kemerdekaan setiap tahun amat menggalakkan. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan semangat kemerdekaan.

Bagi pencinta jentera dua roda, anda boleh memanfaatkan Hari Kemerdekaan dengan tema Malaysia Prihatin kali ini untuk berukhwah dengan menyertai konvoi ke seluruh negara. Bagi anda yang mungkin sudah ada perancangan awal mahupun belum merancang untuk berkonvoi, apa kata cuba ke 5 lokasi ini?

1. Lemang To’ki

Kalau nak makan lemang selain hari raya, di sinilah tempatnya. Terletak kira-kira 51 kilometer dari Plaza Tol Gombak, destinasi ini sering menjadi tumpuan ramai dan hanya mengambil masa sekitar 45 minit untuk ke sana.

Selain lemang, anda juga boleh menikmati nasi dengan pelbagai jenis lauk serta ayam bakarnya yang sedap.

Pada harga RM 5.50 sahaja anda sudah boleh nikmati lemang dan rendang daging atau ayam.

Kredit: Mohmad Radzi Hj Ismail
Gambar: Lemang To’ki

2. Nasi Bamboo Sungai Klah

Kalau nak rasa pengalaman makan nasi kukus atas daun yang dimasak di dalam buluh, di sinilah tempatnya.

Nasi Bamboo Sungai Klah terletak di Sungkai, Perak. Untuk ke sana, anda hanya perlu exit tol Sungkai, ambil kanan pada lampu isyarat dan jalan terus 300 meter hingga anda nampak restorannya.

Antara hidangan lazat di ini ialah masakan tradisional seperti keli goreng, gulai kawah dan daging kambing yang disalai sehingga 16 jam.

Restoran ini beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 6 petang.

Tapi kalau anda nak ke sini, kami difahamkan mereka hanya menerima 70 hingga 80 buah motosikal pada satu masa. Kalau ada group lain, kena tunggu sekejap lah.

Kredit: Azlan Andi

3. Kari Kambing 40 Hari

Ramai yang memuji kelazatan masakan di sini khususnya kari kambing mereka.
Dari roti dengan kari kambing, mee rebus gearbox hinggalah nasi briyani kambing, semuanya anda boleh dapatkan di sini.

Malah, harganya juga berpatutan dengan servis ditawarkan. Pada harga RM13.80 sahaja anda dah boleh makan set single nasi kambing yang pastinya menggiurkan.

Restoran ini beroperasi pada 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Gambar diambil sebelum (May 2018). (Gambar: Restoran Kari Kambing 40 Hari)

4. Zul Yahya Steamboat & BBQ

Restoran milik bekas pelakon, Zul Yahya ini terletak di Meru Raya, Ipoh dan 5 minit sahaja daripada lebuh raya utara selatan.

Ia sering menjadi tempat persinggahan geng bikers dari Cameron Highland sebelum ke destinasi seterusnya.

Di sini, anda boleh nikmati steamboat makanan laut, masakan barat, nasi lemak, sate, dan nasi talam ala shell out pada harga yang berbaloi dengan portion yang banyak.

Harga untuk steamboat dan BBQ sekitar RM32 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak serta RM15 untuk warga emas. Operasi bermula pada pukul 3 pm hingga 12 tengah malam.

5. Kopi Manshor

Penat menunggang, apa kata ajak geng konvoi anda segarkan diri di Mr Manshor Kopitiam?

Terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah, anda boleh cuba pelbagai minuman kopi antaranya kopi badam, kopi walid, kacip fatimah dan black kopi ‘o’.

Dipadankan dengan roti bakar atau masakan bergoreng, pastinya ummph untuk dijadikan destinasi konvoi anda sempena Hari Merdeka ini.

Boleh imbau kembali kenangan lama mengopi dengan ayah masa kecil dahulu.

Penuh ‘mood’ kedai kopi zaman dulu-dulu. (Gambar: Mr Manshor Kopitiam Power)

Sebelum meluncur di jalan raya, pastikan jentera anda dalam keadaan baik. Dari tayar hingga ke minyak enjin, pilihlah yang berkualiti demi keselamatan anda.

Salah satu minyak enjin yang terkenal dengan kualiti buatan Malaysia ialah PETRONAS Sprinta. Bukan sahaja di jalan raya, minyak pelincir 15W-50 ini juga digunakan para pelumba di litar. Dari motor kapcai hinggalah superbike berkuasa tinggi, PETRONAS Sprinta akan memastikan tunggangan anda lancar dan responsif.

Tak kira sama ada anda menunggang kapcai ke tempat kerja, konvoi ke seluruh negara atau berlumba di litar, penjagaan enjin mestilah tip top. Bila setiap hari asyik ke sana ke sini dengan motor, sedar tak sedar, enjin akan ‘terbeban’ dan akhirnya makin lemau jika tak mendapat penjagaan sebaiknya.

Tapi dengan teknologi Ultraflex PETRONAS Sprinta, komponen enjin motosikal anda akan mendapat lebih perlindungan melalui rumusan berkualiti minyak enjin ini.

Ia boleh membantu menguatkan genggaman klac dan memudahkan penukaran gear, sekaligus melancarkan tunggangan anda lebih-lebih lagi semasa memecut atau membelok.

Nak berkonvoi pun lagi semangat, tak adalah asyik tertinggal di belakang sebab gear berat dan tak nak bagi kerjasama bila nak memecut.

Dalam jangka masa panjang pula, PETRONAS Sprinta membantu melindungi piston dan gear dengan kawalan kelikatan serta pengurangan mendapan untuk elakkan sistem ekzos dari tersumbat. Pakai EX5 yang dah berusia 10 tahun pun tak ada hal, janji sentiasa jaga komponen lain di samping bekalkan minyak enjin berkualiti tinggi.

Jom Konvoi Bersama Dengan T-shirt Deruman Kembara

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 ini, PETRONAS Sprinta dengan kerjasama Pestle & Mortar tampil dengan promosi menarik untuk anda semua.

Biarpun dalam suasana pandemik, anda tetap boleh menunjukkan semangat patriotik menyambut kemerdekaan dengan menyarung t-shirt Limited Edition “Deruman Kembara” yang eksklusif ini.

Ajak team brotherhood anda dapatkan t-shirt Deruman Kembara ini bersama PETRONAS Sprinta F700 atau PETRONAS Sprinta F900 masing-masing pada harga RM99 atau RM129. Anda boleh membuat pembelian tersebut melalui kedai Mesra PETRONAS yang terpilih berdekatan anda.

Terbukti sebagai salah satu minyak terbaik di litar dan jalan raya, tak rugi kita sokong syarikat tempatan yang banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara ketika krisis COVID-19 ini. Mari semarakkan semangat patriotik sempena Kemerdekaan ini dengan menyokong minyak berkualiti bertaraf dunia buatan Malaysia.

Jom “Bangkitkan Derumanmu” dengan semangat patriotik bersama PETRONAS Sprinta.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook mereka atau laman web PETRONAS di sini.

Akhir kata, konvoi, konvoi juga. Penjarakan fizikal satu meter dan SOP wajib dijaga setiap masa. Semoga kejayaan jadi milik kita. Kita jaga kita.

Senarai kedai Mesra PETRONAS terpilih:

Amira

Love yourself.