Desa Lambang Kuning, Jawa Timur: Gadis berusia 12 tahun ini disahkan ‘meninggal dunia’ pada hari Isnin 17 Ogos oleh pihak hospital.
Keluarga gadis tersebut telah membawa jenazah ke kawasan pengebumian untuk dimandikan dan dikuburkan.
Ketika proses mandi jenazah dilakukan, orang yang berada di tempat itu sangat terkejut dengan apa yang berlaku oleh gadis itu kerana mata gadis tersebut terbuka dan berkelip.
Selepas itu, gadis itu telah dibawa dengan segera balik ke rumahnya. Keadaan gadis itu sangat lemah dan pegawai perubatan telah memberikan bantuan penafasan kepada gadis itu.
Sejam kemudian pada hari yang sama, gadis itu dinyatakan oleh petugas telah meninggal dunia.
Dr. Moh Saleh dan Dr Abraar Kuddah mengatakan status gadis itu ketika berada di hospital dalam keadaan koma, tidar sedar dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sumber: KOMPAS.com