Siakap Keli
Gambar Via Isle of Wight Police

Nampak Labah-Labah Dalam Kereta, Pemandu Panik Rempuh Papan Tanda Ketika Cuba Keluarkan Serangga Itu

Seorang pemandu menghadapi situasi panik dan mengalami kemalangan selepas dia melihat seekor labah-labah di dalam keretanya serta cuba untuk mengeluarkannya semasa memandu, lapor Daily Star.

Lelaki itu yang berasal dari Isle of Wight dikatakan sedang memandu di Kite Hill, Wootton apabila dia melihat serangga lapan kaki di dalam keretanya.

Dia kemudiannya panik dan tergesa-gesa untuk cuba membuang serangga tersebut namun hilang kawalan dan melanggar papan tanda di tengah-tengah jalan.

Gambar: Isle of Wight Police

Pemandu itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Susulan daripada kejadian itu, Polis Isle of Wight memuatnaik di Facebook untuk memberi amaran kepada pemandu mengenai serangga di dalam kereta dan memberitahu pemandu untuk tidak terganggu semasa memandu.

Gambar: Isle of Wight Police

“Rakan sekerja kami telah sibuk pada waktu petang. Mereka kini berurusan dengan kenderaan ini di Kite Hill di Wootton.

“Oleh itu, berhati-hatilah ketika anda melalui jalan ini kerana lalu lintas mungkin sedikit perlahan sehingga kenderaan ini dialihkan.

“Pemandu cuba untuk membuang seekor labah-labah ketika kejadian ini,” kata kenyataan di dalam Facebook itu.

Our ARV/colleagues have had a busy afternoon. They currently are dealing with this vehicle on Kite Hill in Wootton so…

Posted by Isle of Wight Police on Monday, 10 August 2020

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.