Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Di Tak Bai

NARATHIWAT, 19 Ogos (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Tak Bai Kol Pol Suthawet Thareethai berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Ridzuan Ab Llah, 31, dari Pasir Mas, Kelantan ditemukan mati di Kampung Tasik di Tak Bai pada jam 8.40 malam (waktu tempatan).

“Mangsa dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati lelaki tersebut tiada rekod masuk ke Thailand,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kes itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tak Bai untuk bedah siasat.

Menurutnya, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu di KOTA BAHRU, Polis Kelantan mengesahkan kejadian itu sambil berkata mangsa berasal dari Kampung Kalor, Gelang Mas, dekat Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata mangsa dipercayai ditembak oleh suspek yang tidak dikenali dan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, punca kejadian dan bagaimana mangsa berada di negara itu masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.