Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Saintis Dakwa Temui Puluhan Spesies Baharu Laut Dalam Di Kepulauan Galapagos

Para saintis laut yang meneroka kedalaman lautan di sekitar Kepulauan Galapagos telah menemui puluhan spesies baharu makhluk laut dalam.

Menyelami di bawah Lautan Pasifik, mereka menemui 30 invertebrata yang tidak diketahui sebelum ini termasuk empat spesies krustasea baru yang dikenali sebagai ‘squat-lobsters’, 10 jenis karang buluh baru dan empat spesies ‘octocorals’.

Gambar Via Daily Mail

Genus span kaca baru juga dikenal pasti dapat tumbuh di koloni yang mempunyai lebar lebih 3 kaki seperti spesies bintang rapuh baru iaitu sama seperti tapak sulaiman yang merangkak di dasar laut menggunakan lengan tipis dan berduri yang dapat tumbuh lebih dari 20 panjang inci.

Gambar Via Daily Mail

“Ini adalah penemuan yang sangat menarik dan hasil gabungan kerja keras pasukan penyelidik pelbagai disiplin,” kata saintis laut kanan di Yayasan Charles Darwin, Pelayo Salinas de Leon.

Kedalaman di sekitar Galapagos adalah rumah bagi pergunungan bawah laut yang curam yang dikenali sebagai dasar laut.

Gambar Via Daily Mail

Mereka adalah sebahagian daripada Galapagos Marine Reserve iaitu sebuah kawasan seluas 51,000 batu persegi di mana pukat dasar dan perlombongan laut dalam dilarang.

Statusnya yang dilindungi, topografi dan iklim yang unik mewujudkan keadaan yang baik bagi pelbagai komuniti laut dalam untuk berkembang maju.

Gambar Via Daily Mail

Pinggir laut sebahagian besar dibiarkan belum diterokai sehingga baru-baru ini ketika kemajuan teknologi menjadikan penerokaan laut dalam lebih mudah.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story