Nilai RM1,450* sebulan korang guna untuk buat apa? Mesti untuk beli makan, shopping tak pun bayar rumah sewa bagi korang yang tengah menyewa sekarang ni.
Tetapi, korang tahu tak sebenarnya dengan harga RM1,450* korang boleh memiliki rumah sendiri, tak kisah lah untuk orang muda atau pasangan yang baru nak berkahwin atau dah berkeluarga. Daripada bayar untuk sewa yang sudah tentu bukan milik kita, lebih baik beli terus kan?
Sebagai contoh, jika pendapatan isi rumah lebih kurang sebanyak RM8 ribu sebulan, korang dah boleh duduk di rumah dengan lokasi yang strategik serta gaya hidup yang moden.
Rumah pula dahlah disiapkan dengan separa berperabot seperti kabinet dapur, aircond, pengering pakaian, semua lampu and kipas dan macam-macam lagi. Best giler! Tau tak, bagi kabinet dapur, kalau nak beli baru dah beribu-ribu, kat sini korang dapat jimat banyak duit. Macam best kan? Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis kat bawah ni ok? Onz!
duduk merupakan jenama baru EcoWorld dan duduk ni ada 2 projek iaitu di HUNI D’ Eco Ardence yang bertempat di Setia Alam dan SE.RUANG D’ Eco Sanctuary yang bertempat di selatan Kota Kemuning.
Lokasi memang betul-betul strategik sebab kawasan ini dikelilingi kedai runcit, pusat 3S, pusat membeli belah, bank, farmasi, klinik, hospital, sekolah dan macam- macam lagi lah! Itu tak termasuk lagi dengan kedai di dalam kawasan Eco Ardence seperti Jaya Grocer, Healthlane, dan pelbagai cawangan restoran. Di Eco Sanctuary, ada pula Sanctuary Mall yang dilengkapkan dengan pelbagai restoran dan juga grocery.
Fuhh, bersambung dengan NKVE highway, ELITE highway, Federal Highway dan lain-lain lagi. Jadi kalau nak pergi kerja atau pergi mana mana pon senang la! Ada juga security guard sini, jadi tak payah lah risau lagi keselamatan diri sendiri atau pun keselamatan anak-anak.
Best giler!! Duduk dekat duduk ni korang dapat merasai gaya hidup yang moden, selamat dan lengkap dengan segala kemudahan bagi semua golongan.
Luas 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air, siap dengan separa perabot lagi!
HUNI D’ Eco Ardence dan SE.RUANG D’ Eco Sanctuary menawarkan unit dengan keluasan 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik + dua bilik mandi, cukup untuk korang yang bujang ataupun untuk keluarga kecil!
Tapi tak cukup kalau bagi rumah je, sebab tu duduk bagi lagi pakej separa perabot. Bayangkan, korang masuk rumah dah tersedia dengan kabinet dapur, pemanas air, lampu dan kipas, aircond, mesin basuh 2 in 1 dengan pengering dan banyak lagi untuk seluruh rumah, hati senang dan tak perlu pening kepala.
Jadi duduk di sini korang jimat dari terpaksa melabur jika beli rumah di tempat lain.
Dapat macam-macam fasiliti yang CUN!
Sekiranya korang duduk kat sini, dah tak perlu berebut lot parking sebab setiap unit dapat dua tempat letak kereta.
Lepas tu, kalau nak beriadah, tak perlu buang masa drive jauh untuk keluar sebab rumah yang korang duduk ni dah lengkap dengan clubhouse facilities, kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, taman yang cantik serta bermacam lagi.
Senang cakap, fasiliti memang CUN la sini sebab semua telah disediakan dalam satu kawasan rumah.
Dah rasa suka, jom lah jemput duduk!
So, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai jemput duduk di sini. Mana yang nak beli rumah pertama, atau pasangan yang rancang nak berkahwin atau berkeluarga jangan lepaskan peluang ini. Cepat-cepat melayari laman sesawang duduk dan register sekarang.
Umpama durian musang king, belum dimakan tapi kualiti dan rasanya sudah diketahui paling terbaik! Dengan harga RM1,450* sebulan, semua kini boleh memiliki rumah impian lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Kalau korang dah rasa suka dan berminat untuk lihat sendiri tentang apa yang kami katakan mengenai duduk – jenama baru EcoWorld, korang boleh terus walk-in di Galeri EcoWorld di Eco Ardence, Setia Alam dan Eco Sanctuary, selatan Kota Kemuning.
*Tertakluk pada terma dan syarat