Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Tidak Pakai Pelitup Muka Antara 136 Individu Dikompaun Semalam – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Seramai 140 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 136 daripadanya dikenakan kompaun manakala empat (4) lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan dan catitan keluar masuk (35 orang), tidak memakai pelitup muka (6), gagal melunaskan bayaran di pusat kuarantin (2) dan tidak memakai apron pakai buang (seorang).

“Manakala 96 lagi daripada aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan PKPP, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 64 sekatan jalan raya Op Benteng dijalankan di seluruh negara semalam bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ekoran itu, dua (2) warga asing telah ditahan polis atas kesalahan imigresen.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.