Siakap Keli
buang bulu pada baju
Kredit: Saida Zarifah

(Video) Kain Berjabu Jadi Macam Baru, Gadis Kongsi Cara Selesaikan Masalah Baju ‘Berbulu’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah fabrik akan mula ‘berjabu’ apabila telah lama digunakan. Tekstur berbulu atau berjabu yang dipanggil lin (lint) ini terjadi disebabkan geseran pada fabrik ketika penggunaan.

Geseran menyebabkan kumpulan serat kain menjadi kusut dan membentuk simpulan atau bebola kecil.

Lazimnya, kawasan yang paling kerap terjadinya lin ialah di bawah lengan baju, sekitar kolar, pergelangan kemeja dan antara ruang paha pada seluar. Walaubagaimanapun, ia boleh berlaku di mana-mana kawasan pada fabrik.

Kewujudan lin ini pastinya membuatkan fabrik nampak buruk dan tidak kemas. Oleh itu, anda boleh menggunakan penghilang serat atau lint remover bagi menyingkirkan gumpalan serat berkenaan.

Anda boleh lihat kesannya seperti dikongsikan saudari Saida Zarifah di bawah.

Berikut merupakan cara penggunaan lint remover.

Mudah kan? Harganya juga murah dan berbaloi. Beli sahaja gajet ini melalui Shopee Daiso atau taip “lint remover” di Shopee dan LAZADA.

Selamat mencuba!

Sumber: Saida Zarifah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.