Siakap Keli

(Video) Lebih Sejuta Tontonan, Gelagat Katak Tumpang ‘Ride’ Atas Kepala Ikan Tarik Perhatian Ramai

Satu video yang memaparkan gelagat seekor katak yang menumpang kepala seekor ikan koi di dalam sebuah kolam telah menjadi tular di media sosial Twitter.

Video yang berdurasi selama 8 saat itu menunjukkan seekor katak yang secara santainya seakan menumpang kepala ikan koi berwarna putih tersebut untuk bersiar-siar di dalam kolam berkenaan.

Ikan koi itu pula kelihatan tidak kisah dan tampak seakan berkawan baik dengan katak serta sedang memakai topi yang berupa katak tersebut.

Rata- rata warganet yang menonton video itu terhibur dengan gelagat kedua-dua haiwan berkenaan.

Video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat tontonan lebih sejuta daripada warganet di media sosial Twitter.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa