Siakap Keli

(Video) Warga Emas Di China Terhempas Atas Jalan Selepas Kaki Tersangkut Tali Cawak Anjing, Dilaporkan Meninggal Dunia

Seorang warga emas wanita berusia 88 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh tersembam gara-gara kakinya dipercayai tersangkut pada tali cawak anjing.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kelihatan  seekor anjing sedang mengejar seekor lagi anjing di sebuah jalan dipercayai di bandar Xingtan, China.

Ketika kejadian, wanita berkenaan dilihat berdiri di jalan berhampiran sebelum tali salah seekor anjing yang sedang berlari tersangkut pada kaki wanita itu.

Kejadian pada 5.20 petang pada Isnin itu menyebabkan mangsa tersembam ke atas jalan raya dan tidak sedarkan diri.

Tidak lama kemudian, seorang remaja perempuan kelihatan tiba dan membawa anjing tersebut pergi meninggalkan  tempat kejadian.

Lapor Daily Mail, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Siasatan pihak polis ke atas kes berkenaan masih berjalan. Kes telah diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Menurut laporan, pembawa anjing berkenaan merupakan remaja berusia 12 tahun yang membawa haiwan berkenaan keluar bersiar tanpa pengetahuan pemiliknya yang sebenar. Anjing itu dipercayai telah melepaskan diri daripada remaja berkenaan ketika mereka melalui pasar berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.