Siakap Keli

Viral Lelaki Dipercayai Diculik Di Miri Sebelum Ditemui Selamat Selepas Hilang Selama 3 Jam

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki dipercayai diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kenderaan. Menerusi video tersebut, dilihat sekumpulan lelaki sedang menolak masuk seorang lelaki dihadapan sebuah kedai.

Menurut pengguna Twitter ini, seorang lelaki yang diculik tersebut telah berjaya ditemui selepas tiga jam diculik. Mangsa dikatakan ditemui di hadapan sebuah bank pada pukul 7 malam semalam.

Difahamkan melalui video yang berdurasi 18 saat ini, mangsa menjerit meminta tolong semasa dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan berwarna putih. Pemilik rakaman tersebut kemudian menjerit keluarkan perkataan ‘polis’ untuk menakutkan suspek.

Bagaimanapun, masih belum ada butiran lanjut mengenai kes tersebut. Video kejadian tidak dapat dimuatnaik atas sebab-sebab tertentu.

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang